H2Zn8eXkZ-4 Wanita mengandung hadapi detik cemas rumah dirempuh kapal tunda
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Wanita mengandung hadapi detik cemas rumah dirempuh kapal tunda


Tarikh kemaskini: 18/10/2019





SIBU,18 Okt -- Seorang suri rumah yang mengandung tujuh bulan berdepan detik cemas apabila rumah yang didiaminya di tepi Sungai Batang Igan, di sini, dirempuh sebuah kapal tunda.

Suami wanita itu, Abdul Razak Ayat, 52, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi tadi ketika isterinya berada di dalam bilik air dan bergegas keluar setelah terdengar jeritan jiran-jirannya.

"Semasa kejadian hanya isteri berada di rumah, saya keluar bekerja manakala dua anak bersekolah,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Abdul Razak yang merupakan pekerja swasta itu berkata, rumah yang didiami mereka sekeluarga itu adalah rumah sewa.

Katanya, akibat rempuhan kapal tersebut, keadaan rumah itu rosak dan senget serta tidak lagi selamat untuk didiami.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) Sibu berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian.

Manakala Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Supt Wong Chee Kiong ketika dihubungi memaklumkan pihaknya belum menerima laporan lengkap kejadian itu.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel