YnUHG5NCkPE 480 anggota MKN Sabah diberi suntikan vaksin Hepatitis B, Influenza
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

480 anggota MKN Sabah diberi suntikan vaksin Hepatitis B, Influenza


Tarikh kemaskini: 18/10/2019





SANDAKAN, 18 Okt -- Seramai 480 pegawai dan anggota Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Sabah yang berdepan risiko penyakit berjangkit ketika melaksanakan tugas diberi suntikan vaksin Hepatitis B dan Influenza. 

Ketua Pejabat Wilayah Sandakan MKN negeri Sabah Mohamad Fadzli Zainal Abidin berkata program dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah itu dijalankan serentak di tiga Pusat Tahanan Sementara (PTS) Kota Kinabalu, Sibuga dan Papar. 

"Tujuannya adalah untuk mencegah kakitangan daripada terkena jangkitan penyakit Hepatitis B dan Influenza kerana tugas mereka terutama pengawal keselamatan yang sentiasa berdepan dengan tahanan warga asing yang tidak mempunyai dokumen. 

"Program ini juga julung kali diadakan dan mendapat kerjasama yang baik daripada Pejabat Kesihatan Sandakan," katanya kepada pemberita pada Program Suntikan Vaksin Hepatitis B dan Vaksin Influenza di PTS Sibuga, di sini, hari ini.

Seramai 92 kakitangan membabitkan pengawal keselamatan yang bertugas mengendalikan tahanan di PTS Sibuga menerima suntikan. 

Mohamad Fadzli berkata program yang sama akan dilaksanakan di PTS Tawau pada 1 Nov depan membabitkan seramai 109 kakitangan. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     

FAMA sumbang RM49,084 kepada keluarga lapan wira negara terkorban semasa Op Daulat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel