Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

956 badan keagamaan, sekolah bukan Islam di Sabah terima bantuan kewangan


Tarikh kemaskini: 18/10/2019





KOTA KINABALU, 18 Okt - Sebanyak 956 badan keagamaan dan sekolah bukan Islam di Sabah menerima bantuan kewangan daripada kerajaan negeri pada tahun ini, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata 665 penerima terdiri daripada badan keagamaan termasuk gereja pelbagai denominasi, tokong serta kuil, manakala 291 lagi melibatkan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMKJ), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) serta Missions Schools termasuk sekolah-sekolah tadika bukan Islam.

“Kerajaan negeri telah menaikkan jumlah bantuan kepada badan-badan keagamaan dan sekolah bukan Islam daripada hanya RM32 juta sejak sekian lama kepada RM35 juta pada tahun ini,” katanya ketika berucap sempena majlis penyerahan bantuan kewangan kepada badan-badan keagamaan dan sekolah-sekolah bukan Islam, di sini hari ini.

Katanya melalui Jawatankuasa Pemeriksa, bantuan itu memberikan keutamaan kepada bangunan sekolah dan rumah-rumah ibadat yang daif dan pengurusannya kurang mampu dari segi kewangan serta terletak di luar bandar.

Shafie berkata terdapat rumah ibadat dan sekolah-sekolah yang menghadapi masalah serangan anai-anai, sistem pendawaian elektrik yang usang dan perlu diganti serta keadaan tandas yang uzur dan tidak dapat menampung jumlah murid yang semakin meningkat.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     

Sultan Selangor berkenan hadir ke Jamuan Teh Diraja

 
     

LTTE: Permohonan ikat jamin dua ADUN, ketua pegawai perbadanan didengar Isnin

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel