Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jangan takut beli barang buatan Malaysia - Chong


Tarikh kemaskini: 18/10/2019





KUCHING, 18 Okt -- Orang ramai perlu mengikis tanggapan bahawa barangan buatan Malaysia adalah kurang berkualiti, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen.

Beliau berkata, terdapat banyak produk tempatan yang berjaya melepasi pasaran antarabangsa setiap tahun, malah, industri pengeluaran menyumbang sekitar 28 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) negara.

"Ini bertentangan tanggapan ramai yang minyak dan gas sebagai penyumbang besar kepada GDP negara," katanya menambah bahawa industri berkenaan hanya menyumbang sekitar lapan peratus kepada GDP negara.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Kempen Beli Barangan Malaysia dan Sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil 2019 di sini, malam ini.

Chong berkata berdasarkan tinjauan didapati hanya 40 peratus rakyat tempatan memandang barangan keluaran dalam negara mempunyai standard walaupun 70 peratus dari mereka sedar mengenai kempen beli barangan buatan Malaysia.

"Ini menunjukkan sebanyak 60 peratus lagi masih berpandangan yang barangan buatan tempatan adalah sub standard kualitinya jika dibandingkan barangan import," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

K'jaan Selangor sedang proses kelulusan tapak tanah Highland Towers untuk dibangunkan semula

 
     

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel