Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Industri silika di Pulau Balambangan bakal jana pembangunan, peluang pekerjaan di Kudat


Tarikh kemaskini: 19/10/2019





KUDAT, 19 Okt -- Pemilihan Pulau Balambangan sebagai kawasan pertama untuk perlombongan pasir silika di negeri ini bakal menyumbang kepada pembangunan dan peluang pekerjaan di daerah ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kerajaan negeri menerusi Yayasan Sabah (YS) telah menjalin kerjasama dengan sebuah syarikat dari Sarawak untuk menerokai industri itu.

"Satu perjanjian kerjasama telah ditandatangani antara YS dan syarikat tersebut dan pada masa sekarang sedang menunggu waktu pelaksanaan.

Syarikat itu sudah 50 tahun terlibat dalam industri perlombongan pasir silika dan sudah tentu mereka ada keupayaan," katanya pada sidang media selepas menyaksikan penyerahan Asrama Harian Luar Bandar Sekolah Kebangsaan Balambangan dibiayai Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kepada Kementerian Pendidikan di Pulau Balambangan dekat sini, hari ini.

Menurutnya kerajaan mahu menerokai industri silika, bahan untuk membuat kaca disebabkan potensi pasaran cukup banyak bukan hanya di Semenanjung tetapi juga ke China dan Jepun.

Mohd Shafie berkata pemilihan kawasan perairan Pulau Balambangan untuk industri silika tidak akan memberikan kesan kepada alam sekitar di kawasan perairan itu.

Katanya Penaksiran Kesan Persekitaran (EIA) telah dilakukan sebelum kerajaan negeri membuat keputusan untuk melaksanakan perlombongan pasir silika di pulau berkenaan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel