Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Doktor udara diperkenal semula di Sabah - Mohd Shafie


Tarikh kemaskini: 19/10/2019





KUDAT, 19 Okt -- Perkhidmatan doktor udara di Sabah yang ditamatkan pada 2016 akan diperkenalkan semula berikutan terdapatnya keperluan rawatan dan kesihatan untuk penduduk di kawasan luar bandar yang jauh dari klinik dan hospital.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata perkhidmatan itu akan dilaksanakan oleh Sabah Air selepas pengambilalihan sepenuhnya syarikat penerbangan itu oleh kerajaan negeri. 

"Perkhidmatan doktor udara ini akan dihidupkan semula disebabkan penduduk luar bandar masih memerlukan.

"Saya mahu perkhidmatan kesihatan sampai kepada mereka dan Sabah Air akan melaksanakan menerusi tanggungjawab sosial korporat bagi kesihatan luar bandar," katanya pada sidang media selepas menyaksikan penyerahan Asrama Harian Luar Bandar Sekolah Kebangsaan Balambangan dibiayai Petronas kepada Kementerian Pendidikan di Pulau Balambangan dekat sini, hari ini.

Penyerahan itu dilakukan oleh Naib presiden kanan Petronas Datuk Raiha Azni Abdul Rahman kepada Timbalan Pengarah Hal Ehwal Murid, Bahagian Pengurusan Sekolah, Kementerian Pendidikan Faridah Yang Razali.

Turut hadir, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Mohd Shafie berkata beberapa perkara perlu diteliti sebelum ia dilaksanakan semula termasuk melakukan pemetaan kawasan yang sesuai untuk perkhidmatan itu.

Perkhidmatan doktor udara yang memberikan khidmat kesihatan kepada penduduk di kawasan terpencil luar bandar Sabah ditamatkan oleh Jabatan Kesihatan pada 2016 selepas memberikan khidmat selama 41 tahun.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel