Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sabah perolehi peruntukan besar setara dengan negeri lain - Phoon


Tarikh kemaskini: 19/10/2019




KENINGAU, 19 Okt -- Peruntukan besar yang diperolehi Sabah pada Belanjawan 2020 yang menjangkau RM5.2 bilion menunjukan negeri ini memperolehi agihan setara dengan negeri-negeri lain di Semenanjung.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Phoong Jin Zhe berkata ia sejajar dengan permintaan dan keperluan Sabah dalam melaksanakan pembangunan bagi memenuhi permintaaan penduduk negeri khususnya di kawasan luar bandar.

"Sabah merupakan merupakan rakan kongsi dalam kerajaan Malaysia dan agihan kesamarataan penting dalam perkongsian kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Sambutan Bulan Sukan Negara Peringkat Negeri di sini, hari ini.

Sementara itu merujuk kepada sambutan bulan sukan negara di daerah ini, Phoong berkata dengan kehadiran yang mencecah sehingga 10,000 peserta, rakyat di daerah itu telah membuktikan bahawa mereka sentiasa mentokong penuh program-program anjuran kerajaan.

“Saya mahu agar sikap proaktif seperti ini diteruskan dan ia bagi saya sebagai satu petanda bahawa kesedaran rakyat mengenai pentingnya menjaga kesihatan sangat tinggi,” kataya.

Dalam perkembangan lain Phoon berkata segala persiapan untuk Sukan Sabah (SAGA) yang dijadual berlangsung di sini dari 7 sehingga 13 Disember ini berjalan lancar, dan segala keperluan untuk pelaksanaan temasya sukan yang gemilang itu sudah berada di peringkat akhir.

“Cuma ada sedikit pembaikan di bahagian trek kompleks,” katanya dan memberi jaminan bahawa pihaknya sedang berusaha keras untuk menyiapkan infrastruktur sukan yang diperlukan dengan lebih awal.

Phoong berkata kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM3 juta untuk menaiktaraf Kompleks Sukan Keningau dan RM3.5 juta bagi Kompleks Sukan di Tambunan.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel