Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga lelaki ditahan, Geng Ah Fong tumpas


Tarikh kemaskini: 19/10/2019





KUCHING, 19 Okt  -- Polis Sarawak berjaya menumpaskan ‘Geng Ah Fong’ yang disyaki terlibat dengan 40 kes pecah rumah dan 30 kes kecurian kenderaan di sekitar daerah Kuching, Padawan dan Kota Samarahan, susulan penahanan tiga lelaki Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Awang Din Awang Gani berkata ketua kumpulan itu yang dikenali sebagai Chen Bong Fong atau Ah Fong, bersama dua anggota kumpulan berkenaan ditahan sekitar sini dalam operasi bersepadu yang dilancarkan awal minggu ini.

“Semua anggota kumpulan ini merupakan penjenayah tegar, penagih dadah selain terlibat dengan kegiatan menyeludup kereta curi ke negara jiran (Indonesia),” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Beliau berkata ketiga-tiga suspek yang berumur antara 20 dan 40 tahun disiasat di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959, dan menurutnya sepanjang operasi itu juga, polis turut merampas tujuh kenderaan serta beberapa peralatan yang digunakan untuk mencuri.

Awang Din berkata sepanjang tahun ini sehingga 16 Okt lepas, indeks jenayah di daerah Kuching mencatatkan 1,033 kes, jumlah yang menampakkan penurunan berbanding 1,049 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel