Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

UMK disaran gandakan kolaborasi dengan anak kelantan yang berjaya


Tarikh kemaskini: 19/10/2019





BACHOK, 19 Okt  -- Tengku Mahkota Kelantan Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra bertitah agar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menggandakan kolaborasi dengan pelbagai pemegang taruh dan rakan strategik merentasi negeri ini bagi memastikan universiti itu memberi impak yang lebih menyeluruh dan berkesan.

Baginda yakin kolaborasi itu dapat digembleng menerusi komitmen khusus daripada anak Kelantan yang kini telah berjaya dan mencipta nama dalam bidang masing-masing di luar Kelantan. 

"Rakyat Kelantan diaspora sifatnya dan mereka berjaya dengan gemilang di luar Kelantan. Potensi dan kekuatan mereka perlu kita gemblengkan melalui komitmen yang khusus,” titah baginda sempena Istiadat Konvokesyen UMK Ke-9 di UMK Bachok, di sini hari ini.

Turut hadir Pro Canselor UMK  Tengku Temenggong Kelantan Tengku Tan Sri Datuk Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.

Seramai 2,062 graduan diraikan dalam istiadat itu yang bermula hari ini hingga 21 Okt membabitkan 1,980 graduan Ijazah Sarjana Muda, 62 Ijazah Sarjana dan 17 graduan Ijazah Doktor Falsafah.

Pada istiadat itu Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra turut berkenan menganugerahkan Anugerah Diraja kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Perbankan dan Kewangan Islam Siti Madihah Situah, 24 dan graduan Ijazah Doktor Perubatan Veterinar Katty Lau Kai Qi, 25.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel