Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Guru mangsa penipuan rugi RM8,080 dalam dua jam


Tarikh kemaskini: 20/10/2019





KUANTAN, 20 Okt -- Seorang guru lelaki menjadi mangsa penipuan tunggakan kad kredit menyebabkannya kerugian RM8,080 hanya dalam tempoh dua jam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Yusof berkata mangsa yang berusia 30 tahun menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang menyamar sebagai petugas Mahkamah Melaka sekitar 10 pagi semalam ketika berada di Bandar Indera Mahkota, di sini.

"Mangsa dimaklumkan mempunyai tunggakan bayaran kad kredit sebanyak RM18,000 yang bagaimanapun dinafikan oleh mangsa sebelum talian disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka.

"Ketika berurusan dengan ASP Teoh, mangsa telah menyerahkan maklumat akaun banknya termasuk nama pengguna dan kata laluan perbankan dalam talian seperti yang diminta, kononnya bagi tujuan siasatan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir  berkata selepas beberapa minit, mangsa juga telah memberikan nombor Kod Pengesahan Transaksi (TAC) sebanyak dua kali kepada suspek.

Kemudian, katanya pada kira-kira pukul 12 tengah hari semalam mangsa telah memeriksa akaun banknya dan mendapati terdapat pemindahan wang sebanyak RM8,080 daripada akaunnya ke dalam akaun individu yang tidak dikenali.

Susulan itu, mangsa terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel