Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750


Tarikh kemaskini: 20/10/2019





ALOR SETAR, 20 Okt -- Kerajaan Kedah hari ini mencadangkan bayaran khas sebanyak RM750 diberikan kepada semua pegawai, kakitangan dan anggota pentadbiran negeri itu.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir ketika membentangkan Belanjawan 2020 negeri di Wisma Darul Aman di sini berkata pembayaran berkenaan akan dibuat pada Disember ini.

"Bayaran khas ini sebagai menghargai jasa dan sumbangan penjawat awam negeri yang melaksanakan tanggungjawab mereka dengan penuh amanah dan dedikasi," katanya.

Beliau berkata lebih 6,000 penjawat awam lantikan tetap dan kontrak akan menerima manfaat daripada bayaran khas tersebut dengan peruntukan sebanyak RM5 juta.

Sementara itu, Mukhriz berkata seiring dengan perkembangan ekonomi digital dan perkembangan telekomunikasi yang pesat, kerajaan negeri akan meningkatkan kualiti sistem penyampaian dan tadbir urusnya.

Beliau berkata antara agenda kerajaan negeri adalah untuk memperkemaskan jentera pengurusan dan pemantauan kutipan hasil negeri.

“Semua pihak juga diminta mengambil langkah dalam mengurangkan kos operasi antaranya melalui amalan mendigitalkan perkhidmatan,” katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     

Sultan Nazrin rasmi Ekspo Antarabangsa Perak 2019

 
     

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel