Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta


Tarikh kemaskini: 20/10/2019





PASIR MAS, 20 Okt -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melalui Cawangan Penguatkuasaan Rantau Panjang berjaya mematahkan sindiket pengedaran dadah jenis pil kuda sebanyak 270,000 biji yang bernilai RM2.7 juta. 

Pengarah JKDM Kelantan Mohd Rakbi Mat Saud berkata rampasan menerusi Ops Sinar 2019 dilakukan pada 12.30 tengah hari, Rabu lepas terhadap sebuah kereta jenis Toyota Camry yang bernombor pendaftaran Thailand yang ditinggalkan di Wakaf Che Yeh, di sini. 

“Melalui pemeriksaan ke atas kereta itu, didapati tiada dokumen sah dan setelah menunggu selama enam jam, tiada mana-mana individu pergi ke kereta itu, dan pihak penguatkuasaan terus merampas kereta tersebut,” katanya pada sidang media di Pejabat Penguatkuasaan Rantau Panjang di sini, hari ini. 

Mohd Rakbi berkata pihaknya mendapati terdapat 45 bungkusan berwarna kuning berisi dadah jenis pil kuda yang tersembunyi di dalam bahagian but belakang kereta tersebut yang telah diubah suai. 

“Pihak kami turut menyita Toyota Camry terbabit yang dianggarkan bernilai RM30,000 untuk tindakan selanjutnya dan dipercayai pil kuda berkenaan untuk pasaran dalam dan luar negeri ini,” katanya. 

Beliau berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati. 

“JKDM Kelantan akan meneruskan operasi seumpama ini bagi membendung kegiatan penyeludupan daripada terus berleluasa di negeri ini. 

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyeludupan menyimpan, memiliki dan mengangkut barang larangan seperti rokok atau kain-lain barang seludup dimohon untuk melaporkan terus kepada JKDM melalui talian aduan penyeludupan 1800-88-8855 atau 09-7411100,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Penggiat industri pelancongan Johor telah diberi taklimat berhubung koronavirus - Exco

 
     

Pengusaha cendawan turut terjejas akibat cuaca panas

 
     

Tapak relau peleburan besi purba ditemukan di Kedah

 
     

Usah biarkan warisan di Kota Bukit Supai terus sepi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel