Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

B5 Johor Street Market sasar tiga juta pelancong


Tarikh kemaskini: 20/10/2019




JOHOR BAHRU, 20 Okt -- Berkonsepkan pasar seni yang bakal menonjolkan keunikan Johor, B5 Johor Street Market yang terletak berhampiran Angsana Mall, dekat sini, bakal menjadi tarikan terbaru negeri ini apabila beroperasi sepenuhnya hujung bulan hadapan.

B5 Johor Street Market yang mengambil nama sempena nama kawasan ini, Batu 5, akan menghimpunkan usahawan tempatan yang menjual produk berasaskan keunikan negeri Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Liow Cai Tung berkata ia menjadi satu platform terbaik buat negeri ini yang kaya dengan nilai budaya untuk disatukan dalam satu tempat yang khas, di sini.

“Saya merasakan dalam industri pelancongan, konsep ‘sejarah dan budaya’ menjadi keutamaan bagi pelancong yang datang ke sini, maka dengan 231 ruang perniagaan, mereka mampu mendapatkan produk berasaskan identiti Johor seperti kraftangan, makanan dan pendedahan budaya negeri ini,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyaksikan penyerahan "Brown Signage" oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) kepada B5 Johor Street Market, di sini hari ini.

Liow berkata pihaknya turut menyasarkan seramai tiga juta pengunjung dari dalam dan luar negara mengunjungi B5 Johor Street Market pada tahun hadapan.

Sehingga kini, B5 Johor Street Market telah mencapai kadar penghunian lot sebanyak 85 peratus, yang mana secara keseluruhan mampu mewujudkan kira-kira 1,000 peluang pekerjaan untuk penduduk sekitar.

Projek yang menelan kos keseluruhan sebanyak RM90 juta itu, telah bermula sejak Januari 2018 oleh sayap Pembangunan Hartanah Johor Corporation (JCorp) iaitu Johor Land Bhd dan Damansara Assets Sdn Bhd.

Turut hadir Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kempas Datuk Osman Sapian.

-- BERNAMA

 

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel