Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Maritim Malaysia tahan kapal kargo, bot kayu di Kota Tinggi


Tarikh kemaskini: 21/10/2019





KOTA TINGGI, 21 Okt -- Sebuah kapal kargo dan bot kayu ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) atas kesalahan berbeza di perairan Johor Timur, semalam.

Pengarah ZMTS Kapten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata kapal kargo bernama “OBE NORARES” dan berdaftar di Bridgetown, Barbados itu, ditahan di kedudukan 8.5 batu nautika timur laut Tanjung Penawar, dekat sini, pada pukul 1.30 tengah hari, Ahad.

Beliau berkata kapal kargo itu yang dikendalikan 21 kru berumur lingkungan 20 hingga 54 tahun, termasuk seorang nakhoda warganegara Syria, ditahan setelah pemeriksaan mendapati mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh di perairan Malaysia. 

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Mohd Zulfadli berkata sebuah bot kayu atau teksi air ditahan bersama dua lelaki warga Indonesia berumur 28 dan 34 tahun pada jam 11.30 pagi hari yang sama di kedudukan 3.5 batu nautika tenggara Tanjung Penyusop dekat Pengerang.

“Kapal kargo tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 49 1B (l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut. Jika didapati bersalah mereka boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali,” kata Mohd Zulfadli.

Sementara itu,  penahanan teksi air itu pula akan disiasat di bawah Seksyen 44 Akta Kastam 1967.

Mohd Zulfadli berkata penahanan bot kayu yang sedang giat dijalankan ini  bertujuan menguatkuasakan Pekeliling Pelabuhan No 67/2017 yang mengehadkan bot asing daripada menjalankan sebarang perkhidmatan dalam had pelabuhan.

Ia juga merupakan satu daripada usaha untuk menyekat kejadian curi dan rompak yang melibatkan bot kayu jenis sama ekoran kekerapan kejadian terbabit. ????

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel