Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Banjir: Dua pusat pemindahan sementara dibuka di Johor


Tarikh kemaskini: 22/10/2019





JOHOR BAHRU, 22 Okt -- Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Pontian semalam bagi menempatkan 42 mangsa daripada sembilan buah keluarga selepas kediaman mereka dilanda banjir berikutan hujan lebat di kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon berkata PPS Madrasah Parit Basilam dan Homestay Kampung Maju Jaya itu dibuka pada pukul 6 petang.

“Sebanyak 30 mangsa dari enam keluarga ditempatkan di PPS Madrasah Parit Basilam manakala 12 mangsa dari tiga keluarga lagi ditempatkan di PPS Homestay Kampung Maju Jaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tan berkata  selain Pontian, banjir juga berlaku di Kampung Sari Baru dan Kampung Seri Gelam, Muar, hari ini yang mengakibatkan enam mangsa dari tiga keluarga terjejas.

“Sebanyak tiga buah rumah dan satu bengkel terjejas namun tiada PPS di kawasan terbabit dibuka kerana air sudah mulai surut,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor melaporkan ?????daerah Johor Bahru dan Gelang Patah turut telah mengalami banjir hari ini.

Kawasan terjejas ialah Jalan Lurah 19, Kempas (Johor Bahru) dan Kampung Pulai dan Ulu Pulai di Gelang Patah.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, K.Karuppannan berkata di Kempas banjir berketinggian tiga kaki (0.9 meter) menjejaskan tiga buah rumah dan dua kenderaan.

“Ketika kejadian, hanya sebuah rumah sahaja yang berpenghuni. Pasukan bomba telah membuat pemantauan di kawasan tersebut dan memberikan pertolongan yang perlu kepada mangsa. Tiada pemindahan dijalankan atas permintaan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Di Kampung Pulai dan Ulu Pulai pula, Pegawai Operasi BBP Skudai Suriani Adnan melaporkan banjir berketinggian lima kaki (1.5 meter).

“Status terkini, paras air meningkat kerana air pasang. Operasi pemindahan mangsa juga sedang dijalankan sambil dibantu oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), polis, dan orang kampung,” katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

K'jaan Selangor sedang proses kelulusan tapak tanah Highland Towers untuk dibangunkan semula

 
     

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel