Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KPDNHEP Melaka rampas barangan berjumlah RM1.07 juta sejak Januari, Kelantan sekitar RM1 juta


Tarikh kemaskini: 22/10/2019





MELAKA, 22 Okt  -- Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka merekodkan nilai rampasan kira-kira RM1.07 juta yang membabitkan sejumlah 315 kes sejak Januari lalu, manakala Kelantan bernilai hampir RM1 juta dalam tempoh yang sama.

Pengarahnya di Melaka, Jaiya Abu berkata kesalahan itu dikesan menerusi pemeriksaan anggota penguatkuasa di 25,329 premis di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Menurutnya, daripada jumlah itu Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 mencatatkan rekod kesalahan tertinggi iaitu 98 kes, diikuti Akta Timbang dan Sukat 1972 iaitu 86 kes, Akta Perihal Dagangan 2011 (60 kes), Akta Perlindungan Pengguna 1999 (45 kes) dan Akta Kawalan Bekalan 1961 (15 kes). 

"Lain-lain kesalahan ialah Akta Jualan Langsung 1993 yang merekodkan dua kes selain Akta Hakcipta 1987 (empat kes) dan Akta Sewa Beli 1967 (lima kes) " katanya kepada pada sidang media selepas merasmikan Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2019 di sini hari ini. 

Di Pasir Mas, KELANTAN pula Pengarahnya Adnan Abd Rahman berkata rampasan dengan nilai berjumlah sekitar RM1 juta itu melibatkan 179 kes yang berkaitan dengan pelbagai barangan mentah seperti gula, minyak masak, tepung gandum dan petrol.

"Kami mendapati rampasan barang kawalan paling tinggi ialah minyak masak sebanyak 48 kes diikuti petrol sebanyak 29 kes," katanya pada sidang media selepas menghadiri  Majlis Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali  2019 (SHMMP DV 2019) di Pasaraya Pantai Timor, Lubok Jong, di sini hari ini.

Adnan berkata pihaknya akan terus mempergiatkan kerjasama bersama agensi penguatkuasaan lain seperti Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam membanteras aktiviti penyeludupan barangan kawalan terutama di sempadan Malaysia-Thailand.

Sementara itu, beliau berkata  SHMMP DV 2019 bertujuan menyekat kenaikan harga barangan keperluan menjelang perayaan Deepavali yang berkuatkuasa pada 20 Okt lalu hingga 2 Nov ini.

"Sebanyak 19 barangan ditentukan dengan harga maksimum bagi pelaksanaan skim ini seperti ayam, daging, telur, kacang bendi, tomato, kelapa dan cili kering,” katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel