Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KPDNHEP rampas 50,000 kg minyak masak bersubsidi


Tarikh kemaskini: 22/10/2019





KUANTAN, 22 Okt  -- Sebanyak 50,000 kilogram minyak masak bersubsidi bernilai lebih RM120,000 berjaya dirampas dalam serbuan di sebuah premis haram di Taman Pandan 2 di sini, petang ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Pahang Mohd Suffian Mohd Abass berkata rampasan minyak masak dipercayai untuk diedar ke negeri lain secara haram itu adalah hasil risikan anggotanya yang mengekori sebuah lori tangki ke premis berkenaan.

"Selepas lori berkenaan singgah di sebuah premis lain di Gambang, di sini, tanpa menurunkan muatan bagi mengaburi mata pihak berkuasa, ia meneruskan perjalanan ke lokasi premis haram di Taman Pandan 2 di mana pihak KPDNHEP telah membuat serbuan," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati premis haram itu dijadikan tempat memunggah minyak masak berkenaan untuk dipindahkan ke dalam bekas kontena yang boleh memuat 1,000 kilogram minyak masak bagi setiap kontena.

"Hasil pemeriksaan juga mendapati terdapat sebuah lagi lori di premis haram berkenaan. Secara keseluruhannya, KPDNHEP menyita semua peralatan di premis itu termasuk 20 bekas kontena dan dua buah lori," katanya.

Tiga suspek yang berumur antara 40-an hingga 50-an turut ditahan bagi merekod keterangan dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel