Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

510 mangsa terjejas banjir di dua daerah di Johor


Tarikh kemaskini: 23/10/2019





JOHOR BAHRU, 23 Okt -- Seramai 510 mangsa melibatkan 111 keluarga terjejas ekoran banjir di dua daerah di negeri ini setakat pukul 8 pagi ini berbanding 195 mangsa daripada 47 keluarga yang direkodkan pukul 9 malam tadi.

 Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor Tan Chen Choon berkata kesemua mangsa banjir di daerah Pontian dan Johor Bahru itu ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS).

“Sebanyak 111 keluarga yang terjejas itu adalah dari empat kampung di Pontian iaitu Kampung Parit Basilam, Kampung Maju Jaya, Kampung Melayu Batu 30 Bukit Panjang, Kampung Seri Bunian dan satu di Johor Bahru iaitu Kampung Ulu Pulai,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Daripada enam PPS itu, dua PPS di daerah Pontian iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Haji Adnan dan Balairaya Kampung Seri Bunian baru sahaja dibuka pagi ini.

PPS lain yang sedang beroperasi ialah Madrasah Parit Basilam, SK Seri Bukit Panjang, Dewan Masjid Kampung Ulu Pulai dan satu di daerah Johor Bahru iaitu SK Kampung Pulai, Gelang Patah.

Semalam, Tan dilaporkan berkata banjir turut berlaku di daerah Muar dan Batu Pahat, namun tiada PPS dibuka setakat ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     

FAMA sumbang RM49,084 kepada keluarga lapan wira negara terkorban semasa Op Daulat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel