Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lima maut kereta dinaiki langgar bas berhampiran Istana Besar Johor


Tarikh kemaskini: 23/10/2019





JOHOR BAHRU, 23 Okt (Bernama) -- Lima pemuda maut apabila kereta Proton Wira Aeroback dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebuah bas awam di KM 1.7 Jalan Skudai-Pantai Lido berhampiran Istana Besar Johor, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Shahurinain Jais berkata kejadian kira-kira 5.30 pagi itu menyebabkan pemandu kereta terbabit, yang berumur 18 tahun dan berasal dari Taman Setia Indah, di sini, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

Kesemua empat penumpangnya pula iaitu Liew Hong Jun, Danny Law Yen Pin dan Ng Qi En kesemuanya berumur 18 tahun serta Kenny Law Chin Shyuan, 16, meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Kemalangan di jalan dua hala itu berlaku dalam keadaan cuaca baik, namun, permukaan jalan itu basah dan licin selepas hujan pada awal pagi tadi.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Wira Aeroback dari arah pusat bandar menghala ke Skudai itu terbabas melanggar tembok pembahagi jalan sebelah kanan dan masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar bas SKS Causeway Link dari arah Skudai menghala ke pusat bandar," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Shahurinain berkata kejadian turut menyebabkan kereta berkenaan berpusing dan terlanggar pagar Istana Besar Johor.

Beliau berkata pemandu bas, seorang lelaki berumur 60 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya mayat kesemua mangsa dibedah siasat di HSA, tengah hari ini.

Kes berkenaan sedang disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel