wO9seTd5TDc Warga emas dituduh bunuh lelaki
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Warga emas dituduh bunuh lelaki


Tarikh kemaskini: 23/10/2019





KLUANG, 23 Okt -- Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di Simpang Renggam dekat sini, awal bulan ini.

Tertuduh, Mansur Poh Abdullah, 61, daripada Pusat Jagaan Insan Warga Emas Nur Hidayah, Kampung Chokro, Simpang Renggam, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret N. Arun, bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Mansur Poh didakwa membunuh Asri Samadi, 55, dengan menggunakan sebilah parang di pusat jagaan berkenaan kira-kira 7.05 malam 10 Okt lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, di mahkamah sama, dua lelaki Myanmar Mohd Rofik Mohd Zakaria, 29, dan Mohd Ali Husin Chitmiya, 30, didakwa secara bersama-sama membunuh R. Raja Chandra, 54, dengan menggunakan parang dan pedang di hadapan rumah bernombor 10A, Jalan Merbau, Yap Tau Sah, di sini, kira-kira 8 malam, 14 Okt lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 20 Nov ini untuk sebutan semula kedua-dua kes sementara menunggu laporan bedah siasat dan lantikan jurubahasa memandangkan Mohd Ali Husin tidak memahami bahasa Melayu.

Pendakwaan terhadap ketiga-tiga tertuduh dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nur Zahida Muhammad Ruzi manakala kesemuanya tidak diwakili peguam.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel