Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua beradik tiri ditemui lemas dalam tali air di Alor Pongsu


Tarikh kemaskini: 23/10/2019





IPOH, 23 Okt -- Dua beradik perempuan ditemukan mati lemas dalam sebuah tali air di hadapan rumah mereka di Jalan Parit Simpang 4, Alor Pongsu, di Bagan Serai, kira-kira 100km, dari sini,  hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Perak, mangsa Nor Aliya Natasha Abdullah, 11, dan Nor Aliya Batrisha Mohamad Ali, 8, yang merupakan adik-beradik tiri  ditemukan dalam tali air yang terletak kira-kira 15 meter dari rumah mereka oleh orang awam pada jam 12.40 tengah hari.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan dari orang awam pada pukul 12.49 tengah hari tadi.

"Anggota bomba telah memberi bantuan dengan mengangkat kedua-dua mangsa sebelum menghantar mereka ke Hospital Parit Buntar menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), katanya dalam satu kenyataan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel