Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Anggota AFRS mati ketika latihan kecemasan lapangan terbang


Tarikh kemaskini: 23/10/2019





GEORGE TOWN, 23 Okt -- Seorang anggota Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) meninggal dunia ketika sedang menjalankan latihan Full Scale Exercise-Crash Practise 2019 di lapangan terbang itu hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata mangsa, Shaffiee Hassan, 59, yang diserang penyakit jantung semasa latihan itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) kira-kira pukul 11.15 pagi.

"Semasa sedang menjalani operasi menyelamat dalam latihan itu kira-kira pukul 10.15 pagi di kawasan runway, mangsa mengadu keletihan dan disuruh berehat. Dia bersama dua anggota AFRS berada dalam jentera AFRS 20 ketika itu," katanya di sini hari ini.

Katanya, ketika anggota itu hendak turun dari jentera AFRS, dia telah terjatuh dan tidak sedarkan diri sebelum diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan yang turut menyertai latihan berkenaan namun masih tidak sedarkan diri.

Menurutnya lelaki yang telah berkhidmat selama 20 tahun sebagai anggota AFRS itu terus dihantar ke HPP untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor yang merawatnya.

"Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat sakit jantung dan tiada sebarang unsur jenayah dalam kematiannya," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     

Sultan Selangor berkenan hadir ke Jamuan Teh Diraja

 
     

LTTE: Permohonan ikat jamin dua ADUN, ketua pegawai perbadanan didengar Isnin

 
     

Dewan Negara: LPT2 catat 246 kes kemalangan maut dari Januari 2016-Oktober 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel