Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PDC terus rancakkan industri pelaburan Pulau Pinang


Tarikh kemaskini: 23/10/2019





BATU KAWAN, 23 Okt  -- Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) akan terus merancakkan perkembangan industri di negeri ini dengan mengintai lebih banyak peluang pelaburan dalam sektor industri elektrik & elektronik (E&E).

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata  pada tahun ini terdapat beberapa rundingan pelaburan sedang dijalankan dengan beberapa pihak termasuk dari pihak Kerajaan Persekutuan dan ia kini dalam peringkat akhir  rundingan.

"Kita  berasa bangga  bahawa negeri Pulau Pinang terus memainkan peranan sebagai negeri yang menerajui pembangunan industri khususnya dalam sektor elektrik dan elektronik. Pelaburan  yang masuk kebanyakannya dari sektor ini," katanya semasa berucap pada program penanaman pokok sempena  Ulang Tahun Ke - 50 PDC di Penang Science Park-North di sini, hari ini.

Chow berkata kerajaan negeri menjangkakan aliran pelaburan yang bakal masuk ke negeri ini mencecah RM12 bilion penghujung tahun ini dengan melihat beberapa rundingan yang bakal dimeterai dan berharap sasaran itu akan terus meningkat pada tahun akan datang.

"Saya percaya jumlah keseluruhan pelaburan masuk yang dicatatkan dalam tempoh setahun ini akan mencapai rekod RM12 bilion atau lebih, namun kita akan mengetahuinya  selepas diumumkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)," katanya.

Chow berharap pasukan pengurusan dan seluruh warga PDC akan terus memainkan peranan dan menunjukkan semangat juang yang kuat untuk menyahut peluang-peluang yang datang ke negeri ini bukan sahaja daripada pelabur luar malahan pelabur tempatan.

Terdahulu pada majlis itu sebanyak 100 pokok ditanam pada program berkenaan di kawasan itu melibatkan 50 pokok tembusu  dan 50 pokok penaga laut sebagai simbolik sambutan ulang tahun PDC.

Sebanyak 506 batang pokok  teduhan akan ditanam di sepanjang jalan di kawasan berkenaan melibatkan pokok-pokok  teduhan  daripada spesies penaga laut, tembusu dan  gelam tikus.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel