Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

16 orang di Batu Pahat ditempatkan di pusat pemindahan akibat ribut


Tarikh kemaskini: 24/10/2019





JOHOR BAHRU, 23 Okt -- Seramai 16 orang membabitkan tiga keluarga di Batu Pahat dipindahkan ke sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) petang tadi selepas kediaman mereka terjejas akibat ribut, dua hari lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor Tan Chen Choon berkata kesemua mereka yang merupakan penduduk di Sungai Kajang dan Bagan, ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kajang, yang dibuka pada 4.45 petang tadi.

"Kejadian ribut itu berlaku dua hari lepas, namun, kesemua mangsa ditempatkan di PPS, hari ini, kerana kediaman masing-masing tidak selamat untuk diduduki setelah dinilai oleh Ketua Kampung dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)," katanya menerusi kenyataan di sini malam ini.

Tan berkata pembukaan PPS SK Sungai Kajang itu menjadikan tujuh PPS dibuka di negeri ini, setakat 8 malam, ini.

Beliau berkata enam PPS lain menempatkan mangsa banjir di daerah Pontian dan Johor Bahru yang dibuka secara berperingkat akibat banjir, sejak dua hari lepas.

"Keseluruhannya seramai 641 mangsa daripada 141 keluarga berada di tujuh PPS di Pontian, Johor Bahru dan Batu Pahat.

"Kesemua 383 mangsa banjir di Pontian melibatkan penduduk dari Kampung Parit Basilam, Kampung Maju Jaya, Kampung Melayu Batu 30 Bukit Panjang, Kampung Seri Bunian dan Kampung Jasa Sepakat manakala di Johor Bahru melibatkan penduduk di Kampung Ulu Pulai dekat Gelang Patah," katanya.

Beliau berkata daripada enam PPS yang dibuka di Pontian, seramai 30 orang direkodkan ditempatkan di PPS Madrasah Parit Basilam, SK Seri Bukit Panjang (98), Dewan Masjid Kampung Ulu Pulai (77), SK Parit Haji Adnan (95) manakala SK Sri Bunian (83).

Satu PPS di daerah Johor Bahru pula adalah SK Kampung Pulai, Gelang Patah yang menempatkan 242 orang dari 50 keluarga, katanya.

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel