Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bekalan air berjadual seluruh negeri Johor akan dihentikan Sabtu ini


Tarikh kemaskini: 24/10/2019





JOHOR BAHRU, 24 Okt -- Bekalan air berjadual di seluruh negeri akan ditamatkan pada hari Sabtu ini berikutan musim hujan yang berterusan sejak beberapa minggu lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Utiliti negeri Jimmy Puah Wee Tse berkata, ia melibatkan daerah Kota Tinggi, Kluang (Simpang Rengam), Pontian dan Mersing.

“Langkah ini dapat dilakukan selepas mengambil kira situasi musim hujan yang telah bermula sejak beberapa minggu yang lalu dan diharap taburan hujan ini dapat membantu meningkatkan paras empangan dan sungai yang terkesan.

“Namun begitu, para pengguna disarankan merancang penggunaan air dengan teratur dan berhemah memandangkan paras semasa empangan dan sungai yang berkaitan masih lagi belum stabil dan mencapai paras normal,” katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Sementara itu Puah berkata, Sungai Gembut yang membekalkan air mentah kepada Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Gembut sehingga dua hari lepas, merekodkan bacaan paras semasa 0.22 meter berbanding paras normal 0.77 meter.

“Bagi Sungai Sedili Kecil yang membekalkan air mentah kepada LRA Lok Heng, bacaan paras semasa adalah pada 1.53 meter berbanding 2.75 meter paras normal.

“Seterusnya, Empangan Machap yang membekalkan air kepada LRA Simpang Renggam mencatatkan bacaan 14.38 meter berbanding 16.00 meter paras normal, dan bagi Empangan Labong pula yang membekalkan air mentah kepada LRA Endau mencatatkan bacaan 5.07 meter berbanding 8.42 meter paras normal,” katanya.

Puah berkata, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin dengan kerjasama operator SAJ Ranhill, pihaknya akan berusaha semaksima mungkin bagi memastikan bekalan air bersih di negeri ini sentiasa mencukupi agar bekalan air berjadual  tidak dilaksanakan.

“Melainkan atas sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan seperti faktor cuaca panas kering melampau,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel