Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penyelidik UTeM bangunkan sistem perangkap sampah sungai 


Tarikh kemaskini: 24/10/2019





MELAKA, 24 Okt -- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus menyerlah dalam penghasilan produk inovasi menerusi penyelidikan apabila berjaya membangunkan sistem perangkap sampah bagi mengatasi masalah pencemaran sungai.

Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk  Dr Raha Abdul Rahim berkata produk inovasi Sistem Perangkap Sampah Sungai, atau ‘River Trash Collector System Mark III’ (RTCS) itu dihasilkan oleh barisan penyelidik UTeM.

"Diharap kejayaan ini dapat menzahirkan fakta bahawa  UTeM turut berperanan dalam menyumbang kepakaran dan inovasi secara langsung kepada negara serta memberikan nafas baru dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan sungai dan pantai dalam negara kita,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata produk itu dihasilkan bersama oleh Jurutera Pengajar Kanan, Mohd Idain Fahmy, Pensyarah Matematik, Fariduddin Mukhtar dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FTKMP) bersama dengan ahli-ahli kumpulannya.

Sementara itu, Mohd Idain berkata sistem itu  secara fizikalnya berfungsi dengan integrasi sistem Internet of Thing (IoT) di samping pemantauan dalam talian menerusi pusat kawalan, aplikasi android dan sistem pesanan ringkas.

Katanya RTCS boleh diintergrasi dengan sistem janaan kuasa melalui 'solar panel' dan 'mini water turbine' selain bekalan 240v dari grid tempatan di samping ia boleh dioperasikan secara individu, sama ada satu kumpulan di dalam kawasan yang sama atau beberapa kumpulan di kawasan yang berlainan.

Beliau berkata pembangunan produk itu mula dilakukan pada tahun 2016 dan masih berlangsung sehingga produk mencapai tahap matang.

"Penyelidikan dan inovasi RTCS dibangunkan dengan dana geran UTeM menerusi geran Penyelidikan Jangka Pendek (PJP) bernilai RM 25,000, dan turut menerima geran pengkomersilan Malaysia Technical University Network (MTUN) berjumlah RM 30,000.

Mohd Idain berkata usaha mereka turut mendapat sokongan penuh kerajaan Negeri Melaka melalui Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) di bawah anak syarikat, Sungai Melaka Ventures Sdn. Bhd.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel