Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Anggota, veteran ATM cedera semasa operasi dihargai


Tarikh kemaskini: 24/10/2019





IPOH, 24 Okt -- Seramai 90 anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tercedera semasa operasi dan latihan berisiko tinggi di Perak menerima sumbangan dalam satu majlis di Kem 2 Briged di sini hari ini.

Panglima 2 Briged, Brigedier Jeneral Malek Razak Sulaiman berkata sumbangan berupa wang tunai berjumlah RM500 seorang itu adalah sebagai mengenang jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan anggota serta veteran semasa berkhidmat demi negara.

"Pelbagai lagi bantuan diberikan bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit sahaja, ada juga bantuan untuk anak-anak yang melanjutkan pelajaran serta peluang pekerjaan.

"Sumbangan ini hasil dana peruntukan kerajaan khas melalui Tabung Kebajikan Angkatan Tentera, di mana jumlah penerima saban tahun bergantung kepada dana itu," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis Meraikan Anggota Cedera Semasa Operasi dan Latihan Berisiko Tinggi Sempena Haril Ulang Tahun ATM Ke-86 Peringkat 2 Briged di sini hari ini.

Dalam pada itu, bagi para penerima sama ada yang telah bersara atau masih bertugas sumbangan itu dianggap sebagai penghargaan dan dapat memberi inspirasi untuk terus berkhidmat kepada negara.

Menurut Mohd Sufian Harun, 39 yang tercerdera  semasa melaksanakan operasi di Johor pada 2009, sumbangan itu membuktikan kerajaan sentiasa prihatin kepada  warga ATM.

"Ini adalah tanda kerajaan mengambil berat akan warga ATM sedikit sebanyak ia dapat meringankan beban keluarga kerana sumbangan ini saya terima setiap tahun," katanya.

Bagi veteran Azhar Yaakob, 64, sumbangan itu akan digunakan untuk perbelanjaan anaknya yang sedang melanjutkan pelajaran di sebuah Institut Pengajian Tinggi dalam negara.

"Sepanjang berkhidmat pelbagai kecederaan yang saya alami namun yang paling kritikal adalah semasa menyertai operasi membanteras penyeludupan dadah di sempadan negara yang menyebabkan tulang paha hancur serta patah tulang belakang.

"Semasa berkhidmat saya ikhlas lakukannya demi negara namun selepas bersara apabila ada pemberian sumbangan seperti ini terasa seperti jasa yang dicurahkan amat dihargai dan ini memberi inspirasi untuk saya dan keluarga untuk terus menabur bakti kepada negara," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PH tidak tolak hasil kajian berbentuk ilmiah dan membina - Muhyiddin

 
     

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel