Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Geng edar dadah mungkin ada tujuan jenayah lain guna bom, peluru - Polis


Tarikh kemaskini: 24/10/2019





KEPALA BATAS, 24 Okt --  Polis tidak menolak kemungkinan penemuan dua bom tangan bersama 689 butir peluru pelbagai jenis dalam stor pili bomba di Pangsapuri Sinar, Bukit Dumbar dekat sini Ahad lalu bertujuan digunakan untuk kegiatan jenayah oleh kumpulan pengedaran dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang, ACP Asisten Komisioner Maidu Abu Bakar hari ini berkata siasatan awal pihaknya ketika ini masih belum menemui sebarang kaitan dengan kegiatan pengedaran dadah geng itu namun percaya bom dan peluru terbabit digunakan untuk aktiviti jenayah.

"Kami bekerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri untuk menyiasat berhubung penemuan bom dan peluru itu dan percaya geng tersebut bukan hanya menjalankan kegiatan mengedar dadah tetapi turut terlibat dalam kegiatan jenayah lain," katanya di sini hari ini.

Katanya selain penahanan seorang lelaki berusia 54 tahun yang merupakan ketua geng itu pada 1 Okt tahun lepas, polis juga telah  menahan tiga lagi lelaki anggota geng tersebut dan percaya kumpulan itu berjaya dilumpuhkan sepenuhnya.

Menurutnya semasa penahanan ketua geng itu polis turut  merampas bersamanya 20 kilogram (kg) syabu bersama sepucuk pistol sebelum merampas sepucuk lagi pistol milik lelaki terbabit awal tahun ini.

Maidu berkata lelaki itu dipercayai menyembunyikan bom tangan dan peluru dalam stor pili bomba tersebut kerana percaya tempat berkenaan selamat serta polis tidak akan mengesyaki ia disimpan di situ.

"Namun hasil siasatan terperinci, polis berjaya membongkar tempat lelaki itu menyembunyikan dua unit bom tangan dan 689 peluru serta tiga unit kelopak tersebut. Siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Serbuan yang dibuat Ahad lepas itu adalah hasil maklumat yang diperoleh daripada  seorang tahanan di penjara yang sedang menunggu untuk perbicaraan kerana didakwa di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PH tidak tolak hasil kajian berbentuk ilmiah dan membina - Muhyiddin

 
     

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel