Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jumlah penduduk terjejas banjir di Johor berkurangan selepas tiga PPS ditutup


Tarikh kemaskini: 24/10/2019





JOHOR BAHRU, 24 Okt -- Jumlah penduduk terjejas akibat banjir di dua daerah di negeri ini semakin berkurangan kepada 229 orang daripada 51 keluarga berikutan penutupan tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor Tan Chen Choon berkata, setakat 8 malam ini, tiga PPS di Pontian ditutup iaitu Madrasah Parit Basilam, Dewan Masjid Kampung Ulu Pulai dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Bunian.

Bagaimanapun, kesemua penduduk yang masih terjejas mendapat perlindungan di empat PPS termasuk dua di Batu Pahat.

“Di Pontian, setakat ini hanya dua PPS yang dibuka iaitu SK Sri Bukit Panjang, menempatkan seramai  79 orang daripada  17 keluarga manakala SK Kampung Parit Hj Adnan pula seramai 95 orang daripada  21 keluarga.

“Sementara itu, di Batu Pahat, 16 orang daripada tiga keluarga mendapat perlindungan di SK Sungai Kajang yang dibuka akibat ribut dan Dewan Orang Ramai Tongkang Pecah pula menempatkan 39 orang daripada 10 keluarga,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel