Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kapal layar elektrik mungkin diguna kurangkan pencemaran Sungai Melaka


Tarikh kemaskini: 25/10/2019





MELAKA, 24 Okt -- Kerajaan negeri bercadang untuk menggunakan kapal layar elektrik dalam operasi Melaka River Cruise bagi mengurangkan pencemaran sungai itu pada masa depan, kata Ketua Menteri Adly Zahari.

Beliau berkata inisiatif itu juga selaras dengan hasrat kerajaan negeri ke arah negeri hijau dan pintar menjelang 2030.

"Sungai Melaka mempunyai beberapa segmen atau peranan penting khususnya sebagai sumber air di kawasan hulu sungai selain sebagai destinasi pelancongan bagi aktiviti 'cruise' di kawasan hilir sungai.

"Pembangunan memberi kesan kepada Sungai Melaka yang menyebabkan berlaku pencemaran di hilir sungai kesan aktiviti 'cruise' yang menggunakan petrol sekali gus mengeluarkan asap," katanya ketika memberi keterangan sebagai saksi pada sesi pendengaran awam berhubung siasatan punca pencemaran Sungai Melaka di Mahkamah Majistret Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)  di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan penambahbaikan sungai itu oleh ahli Jawatankuasa Kompetensi, Akauntabiliti dan Ketelusan Melaka (Melcat), Datuk Roslan Ahmad (BN-Merlimau).

Adly antara saksi yang dipanggil bagi membantu siasatan isu pencemaran Sungai Melaka selain Jabatan Alam Sekitar ialah Indah Water Konsortium, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, MBMB, Syarikat Air Melaka Berhad, Badan Kawal Selia Air Melaka dan Suruhanjaya Pengurusan Air Negara.

Beliau juga berkata Majlis Penasihat Bandar Pintar Melaka ( SCAC) memainkan peranan membantu menambah baik kualiti Sungai Melaka menerusi kajian dan penilaian yang lebih spesifik dengan kerjasama pihak universiti.

Dalam pada itu, beliau berkata isu pencemaran Sungai Melaka yang mengakibatkan ribuan ikan mati dan air bertukar warna hitam dan berbau busuk disebabkan pertembungan air tawar dari sungai itu dan air masin dari laut terutama pada musim tengkujuh.

Beliau berkata konklusi itu dimaklumkan Jabatan Alam Sekitar dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka sebelum ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PH tidak tolak hasil kajian berbentuk ilmiah dan membina - Muhyiddin

 
     

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel