Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan tiga individu bersama objek dipercayai bom tangan


Tarikh kemaskini: 25/10/2019





JASIN, 25 Okt -- Polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita bersama objek yang dipercayai sebutir bom tangan dalam sebuah kereta di persimpangan empat lampu isyarat Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (Lebuh AMJ) di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Mohd Nor Yhazid Idris berkata suspek lelaki berumur 19 dan 33 tahun, manakala suspek wanita berusia 57 tahun ditahan di persimpangan empat lampu isyarat Serkam-Merlimau-Jasin menghala ke Melaka di lebuh itu, pada 12 tengah hari.

“Semasa pasukan pegawai dan anggota polis menghampiri kereta jenis Toyota Vios berwarna hitam yang dinaiki kesemua suspek, suspek lelaki yang memandu kereta itu bertindak agresif tetapi dia berjaya ditahan oleh pegawai dan anggota polis di tempat kejadian. 

“Hasil pemeriksaan di bahagian but kereta, polis menemui dua parang dan dua kayu rotan selain satu objek yang dipercayai bom tangan dijumpai di bawah kerusi pemandu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini. 

Beliau berkata bom tangan yang ditemui telah diambil Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, dan diletupkan di satu kawasan lapang di dalam ladang kelapa sawit di sini. 

Mohd Nor Yhazid berkata kesemua suspek direman tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 atau Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel