Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KPLB Sabah salur peruntukan RM116,000 kepada Kampung Sejahtera Samparita Laut


Tarikh kemaskini: 25/10/2019




KOTA MARUDU, 25 Okt -- Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah menyalurkan peruntukan pembangunan berjumlah RM116,000 bagi penyediaan tapak perumahan baharu dan penyusunan pembangunan infrastruktur Kampung Sejahtera Samparita Laut dekat sini.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata ia merupakan sebahagian daripada projek pembangunan luar bandar yang dipohon oleh penduduk kampung berkenaan yang dimasukkan dalam pelaksanaan Program Kampung Sejahtera KPLB Sabah.

Katanya daripada jumlah peruntukan itu RM16,000 adalah untuk membina kelengkapan tambahan bilik air dan tandas dewan serbaguna kampung berkenaan.

Beliau turut mengumumkan kelulusan projek kecil di Kampung Samparita Laut untuk dilaksanakan di bawah Program Kampung Sejahtera tahun hadapan iaitu pendawaian elektrik dewan serbaguna dan membina konkrit laluan tangga menuju dewan itu.

“Kita juga melawat rumah-rumah di kampung ini yang disyorkan untuk dibantu di bawah Program Rumah Sejahtera Sabah dan Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di bawah KPLB Persekutuan tahun depan,” kata Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian kepada pemberita selepas melawat Kampung Sejahtera Samparita Laut dekat sini, semalam.

"Berdasarkan tinjauan saya sendiri di rumah-rumah berkenaan, ketua isi rumah itu memang layak untuk mendapatkan Rumah Sejahtera Sabah atau PPRT, tapi ada beberapa keperluan teknikal lain yang perlu dimuktamadkan agar mereka disenaraikan dalam e-kasih sebelum kita dapat memberikan bantuan rumah kepada mereka,” katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel