Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tumpaskan sindiket penipuan Macau Scam, tahan 80 warganegara China


Tarikh kemaskini: 25/10/2019





KOTA KINABALU, 25 Okt  -- Polis Diraja Malaysia (PRDM) Sabah menumpaskan satu kumpulan sindiket penipuan Macau Scam dengan tertangkapnya 80 warganegara China dalam serbuan di Penampang, Rabu lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata 80 orang yang ditahan itu terdiri 67 lelaki dan 13 wanita yang yang berusia antara 17 hingga 33 tahun.

Bertindak atas maklumat diterima, pihak polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Bahagian JSJK Kota Kinabalu dan Bahagian JSJK Penampang menyerbu 11 unit kondominium di Jalan Lintas, Penampang, katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Katanya tangkapan suspek dilakukan di lapan unit dan 70 daripada mereka tiada dokumen pengenalan diri dan 10 memiliki pasport tamat tempoh.

Hasil serbuan, polis  berjaya merampas beberapa peralatan antaranya 31 unit komputer riba, 241 unit telefon bimbit, 70 keping sim kad dan wang tunai 330 Yuan (China), 67,000 Dong (Vietnam) serta RM3,300, katanya.

Beliau berkata ekoran daripada serbuan itu, polis menyerbu sebuah premis berhampiran di D'Junction Jalan Lintas, Penampang dan merampas buku mengandungi panduan untuk bercakap dengan mangsa yang hendak ditipu.  

Katanya beberapa peralatan turut dirampas di premis ini antara 38 unit komputer riba, 10 unit telefon bimbit dan 132 unit peranti rangkaian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen 1959/63.

Omar berkata siasatan awal mendapati sindiket ini telah melakukan penipuan pelaburan dan saham setelah analisis awal dilakukan pada dokumen skrip panduan perbualan dan komputer yang dirampas.

Menurutnya usaha masih dijalankan bagi kenal pasti mangsa lain terlibat sama ada di dalam negara atau luar negara.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan reman bermula semalam hingga Ahad ini.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel