Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pelan Tindakan Pemuliharaan Gajah 2020-2030 dibentang tahun depan


Tarikh kemaskini: 25/10/2019





KOTA KINABALU, 25 Okt  -- Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Christina Liew berkata kerajaan negeri sudah menyiapkan satu draf Pelan Tindakan Pemuliharaan Gajah 2020-2030 dan dijangka dibentangkan kepada kabinet negeri tahun depan. 

Beliau berkata sekiranya kerajaan negeri meluluskan pelan itu, kementerian diterajuinya boleh meningkatkan usaha pemuliharaan gajah dan mengambil lebih banyak renjer hutan. 

“Sekarang kami hanya ada 60 renjer di Sabah dan 14 pegawai dan jumlahnya kecil, mungkin dua renjer untuk sebuah hutan tapi kita ada banyak hutan. 

Jadi, jika rancangan kami untuk pemuliharaan gajah itu diluluskan, maka kami boleh mendapatkan lebih banyak peruntukan untuk mengambil lebih banyak renjer dan doktor veterinar, jadi apabila kami sampai di lokasi kejadian, kami boleh menyelamatkan gajah yang cedera,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Liew yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata terdapat kira-kira 2,000 ekor gajah di negeri ini.

Usaha pemuliharaan itu adalah bagi memastikan gajah di Sabah tidak akan pupus seperti badak sumbu, katanya. 

Selain itu, Liew berkata pendidikan dan kerjasama daripada pemilik ladang kelapa sawit dengan kerajaan dan Jabatan Hidupan Liar negeri adalah penting untuk menangani konflik manusia-gajah.

“Mereka (gajah) gembira di hutan, tetapi apabila hutan diganggu, mereka tiada tempat hendak dituju,” tambah Liew.

 --BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel