Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Walaupun bilangan mereka kecil, komuniti Gujarat Pulau Pinang beri sumbangan besar - Chow


Tarikh kemaskini: 25/10/2019





GEORGE TOWN, 25 Okt  -- Walaupun bilangan mereka kecil tetapi komuniti Gujarat di Pulau Pinang terus memainkan peranan penting dalam pembangunan sosio-ekonomi negeri ini.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata komuniti Gujarat di Pulau Pinang aktif menganjurkan dan terlibat dalam pelbagai acara untuk negeri itu, seperti perayaan Hari Warisan George Town dan projek amal Diwali.

"Kerajaan negeri menghargai sumbangan anda kepada pembangunan ekonomi kita dan kami berharap dapat bekerjasama dengan anda untuk mentransformasi Pulau Pinang menjadi bandar antarabangsa dan pintar," katanya semasa ucapan pembukaannya Diwali Nite ke-69 anjuran Gujarat Samaj Pulau Pinang di sini malam ini.

Turut hadir Presiden Gujarat Samaj Pulau Pinang PG Shashikant dan Presiden Majlis Perundingan Muhibah Pulau Pinang Tan Sri Dr Mohd Yussof Latiff.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel