Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan lelaki yang terselamat dalam kejadian bot karam untuk siasatan


Tarikh kemaskini: 25/10/2019





LAHAD DATU, 25 Okt  -- Lelaki yang ditemui selamat di Laut Merabung, Tungku dekat sini semalam, selepas bot yang dinaiki karam, ditahan polis selama 14 hari untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata lelaki berusia 29 tahun itu ditemui orang awam, yang kemudian melaporkan kepada bilik gerakan Pasukan Polis Marin (PPM) pada kira-kira pukul 3.05 petang.

Beliau berkata lelaki itu ditahan sejak semalam dibawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963, dan semasa ditahan lelaki itu mendedahkan terdapat lapan individu lain termasuk dua kanak-kanak yang menaiki bot bersamanya yang masih hilang.

"Lelaki itu menyatakan bergerak (menaiki bot) dari Pulau Sibutu ke Pulau Bongao, Filipina sebelum enjin bot mati. Siasatan masih diteruskan untuk mendapatkan cerita sebenar daripada mangsa selamat ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

"Balai Polis Cenderawasih hari ini menerima maklumat orang awam pada pukul 9.00 pagi mengenai penemuan mayat seorang wanita terapung di laut, berikutan itu, dan PPM mengeluarkan mayat berkenaan pada pukul 10.10 pagi tadi," katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel