Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Para pesawah Bagan Serai mohon bantuan khas kerajaan Perak


Tarikh kemaskini: 25/10/2019




BAGAN SERAI, 25 Okt  -- Para pesawah di Parit Mat Keling, di sini memohon agar kerajaan negeri dapat mempertimbangkan untuk memberi bantuan khas apabila hasil tanaman mereka ditenggelami air berikutan banjir yang melanda kawasan itu.

Ketua Unit Peladang kampung berkenaan, Padli Samad berkata lebih 20 pesawah bimbang apabila sawah seluas lebih 15 hektar yang baharu ditaburkan benih padi berkemungkinan mati akibat ditenggelami air akibat limpahan dari Kolam Bukit Merah yang dibuang ke Sungai Kurau.

"Kami semua bimbang anak padi yang berusia seminggu hingga tiga minggu itu berisiko mati akibat ditenggelami air lebih lima hari. Sekarang ini Alor Pongsu kini dilanda banjir dan kesan dari kejadian itu menyebabkan sawah padi yang kami usahakan tidak sampai sebulan ditenggelami air.

"Sudah hari ke lima air tidak dapat disalurkan keluar dari petak sawah walaupun pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ada menyediakan tiga buah pam bergerak untuk mengepam air keluar dari petak sawah," katanya ketika ditemui pemberita di parit berkenaan di sini hari ini.

Padli berkata dia yang mengusahakan lebih 1.5 hektar sawah padi akan menanggung kerugian jika anak padi mati kerana kos benih padi sahaja berharga RM 34 hingga RM 100 bagi satu bag muatan 10 kg dan ia bergantung jenis padi yang digunakan.

Sementara itu, Exco Kemudahan Awam dan Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Negeri, Abdul Yunus Jamahri berkata hasil maklumat yang diterima sebanyak 17 hektar sawah padi di daerah Kerian termasuk di kawasan Parit Simpang 5, Alor Pongsu turut ditenggelami air.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel