Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

BERNAMA rangkul empat hadiah pada Anugerah Kewartawanan Kenyalang


Tarikh kemaskini: 25/10/2019





SIBU, 25 Okt  -- Dua wartawan dan seorang jurugambar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) rangkul beberapa anugerah pada majlis Anugerah Kewartawanan Kenyalang yang diadakan di sini malam ini.

Noor Bakhtiar Ahmad memenangi kategori Bahasa Melayu Anugerah Kewartawanan Ekonomi Digital di samping menjadi pemenang tempat ketiga kategori Bahasa Melayu Petronas Community Well-Being and Rural Development Journalism Award.

Beliau merupakan wartawan Bernama yang pernah bertugas di Biro Kuching, sebelum berpindah ke Pulau Langkawi sebagai pewarta.

Zaphne Philip yang merupakan anak jati Kuching turut membanggakan Bernama dengan memenangi tempat ketiga ketegori Bahasa Melayu Anugerah Kewartawanan Ekonomi Digital.

Jurufoto Bernama Biro Kuching, Razali Nordin pula memenangi tempat ketiga kategori kewartawanan foto.

Semua anugerah itu menawarkan hadiah RM3,000 bagi tempat pertama, RM2,000 bagi tempat kedua dan RM1,000 bagi tempat ketiga.

Sementara itu, Peter Boon dari The Borneo Post memenangi hadiah utama iaitu Anugerah Ketua Menteri yang menawarkan hadiah wang tunai RM5,000.

Sebanyak 10 kategori dipertandingan, yang merangkumi penulisan di dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Bahasa Iban dan juga kategori penyiaran.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     

Kilang proses minyak kapal terpakai diarah tutup

 
     

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel