Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sarawak alu-alukan saintis Singapura bekerjasama dalam sektor biodiversiti


Tarikh kemaskini: 26/10/2019





KUCHING, 25 Okt  -- Sarawak mengalu-alukan saintis dan penyelidik Singapura untuk bekerjasama dalam sektor biodiversiti kerana negeri ini mempunyai banyak sumber asli, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata Sarawak kaya dengan sumber yang kaya dan bahan biodiversiti tetapi ia belum diterokai.

"Walaupun kita mempunyai saintis tetapi kami masih kurang, tetapi Singapura mempunyai kelebihan yang berkaitan biodiversiti.

"Para saintis dan penyelidik Singapura boleh datang ke Sarawak dan menubuhkan penyelidikan dengan Majlis Biodiversiti Sarawak dan apabila mereka memperoleh apa-apa penemuan, kita boleh memanfaatkan penemuan ini," katanya dalam ucapan pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Persekutuan Perniagaan Sarawak dan Gala Nite di sini, malam ini.

Turut hadir Menteri Negara Kanan Singapura, Chee Hong Tat dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel