Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mangsa banjir di P. Pinang meningkat kepada 124


Tarikh kemaskini: 26/10/2019





BUKIT MERTAJAM, 26 Okt -- Jumlah mangsa banjir di Pulau Pinang meningkat pagi ini kepada 124 orang berbanding 31 orang semalam dengan dua lagi pusat pemindahan sementara (PPS) di buka di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata dua PPS itu membabitkan Dewan Orang Ramai Bukit Teh dan Dewan Orang Ramai Projek Perumahan Rakyat (PPR) Tok Suboh itu dibuka semula selepas kawasan tersebut mengalami banjir kilat berikutan hujan lebat semalam.

"Dewan Orang Ramai Bukit Teh di buka pukul 10.52 malam tadi dan sehingga pagi ini seramai 15 orang termasuk seorang bayi daripada 5  keluarga di tempatkan di situ," katanya di sini hari ini.

Katanya manakala di PPS Dewan Orang Ramai PPR Tok Suboh seramai 83 orang termasuk tiga bayi daripada 25 keluarga mula ditempatkan di situ bermula 9.30 malam.

Menurutnya selain itu, PPS Tadika Kemas Kampung Manggis yang dibuka sejak Selasa juga masih menempatkan 26 mangsa banjir termasuk seorang bayi daripada tujuh keluarga.

"Seramai lima orang daripada sebuah keluarga yang sebelum ini ditempatkan di PPS Tadika Kemas Kampung Manggis telah keluar untuk tinggal bersama keluarga mereka, rumah mangsa itu masih mengalami banjir," katanya.

Phee berkata air banjir yang melanda kawasan berkenaan antara 0.2 meter hingga 0.6 meter.

Katanya pihaknya sentiasa memantau dari semasa ke semasa terutama ketika hujan lebat bagi memastikan penduduk yang dilanda banjir kilat dapat dipindahkan segera bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

"Selain itu, hujan lebat di kawasan Kulim, Kedah juga boleh menyebabkan berlaku banjir kilat di beberapa lokasi di Bukit Mertajam kerana berlaku limpahan air Sungai Junjong membawa ke sini," katanya.

Ketika ini cuaca di kawasan Bukit Mertajam mendung.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel