Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Satu PPS di Bukit Mertajam ditutup


Tarikh kemaskini: 26/10/2019




BUKIT MERTAJAM, 26 Okt  -- Pusat pemindahan sementara (PPS) Bukit Teh, di sini  yang di buka semalam selepas kawasan itu di landa banjir kilat berikutan hujan lebat telah ditutup tengah hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata PPS itu yang menempatkan seramai 15 orang termasuk seorang bayi daripada 5  keluarga di tutup sepenuhnya tengah hari ini.

"Semua keluarga yang ditempatkan di PPS itu telah kembali ke rumah masing-masing untuk mencuci kediaman mereka selepas air banjir di kawasan Bukit Teh telah surut," katanya di sini hari ini.

Katanya manakala dua lagi PPS masih dibuka dan sehingga pukul 12 tengah hari ini jumlahnya kekal sama seperti pagi tadi iaitu menempatkan 101 mangsa banjir daripada 32 keluarga.

Menurutnya Dewan Orang Ramai Projek Perumahan Rakyat (PPR) Tok Suboh menempatkan seramai 83 orang termasuk tiga bayi daripada 25 keluarga  manakala 26 mangsa banjir termasuk seorang bayi daripada tujuh keluarga berada Tadika Kemas Kampung Manggis.          

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel