Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

11 kes chikungunya direkod di Tapah sejak Januari


Tarikh kemaskini: 26/10/2019





IPOH, 26 Okt -- Sebanyak 11 kes chikungunya dan lapan kes demam denggi dilapor berlaku di Kampung Baru Air Kuning, Chenderiang, Tapah sejak Januari hingga Khamis lalu. 

Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Dr Ding Lay Ming bagaimanapun berkata tiada sebarang kes kematian direkodkan di lokaliti tersebut.

Katanya hasil pemeriksaan Jabatan Kesihatan di kawasan Air Kuning mendapati punca utama kejadian demam denggi dan demam chikungunya adalah disebabkan kadar pembiakan nyamuk aedes yang tinggi di lokaliti tersebut. 

"Antara tempat pembiakan yang dijumpai di kawasan tersebut adalah tong-tong berisi air dan juga bekas plastik yang disimpan di halaman rumah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Dr Ding berkata demikian mengulas kebimbangan penduduk kampung terhadap demam chikungunya yang didakwa menyebabkan ramai penduduk dijangkiti dan dimasukkan ke hospital.

Jelas Dr Ding, tindakan penguatkuasaan telah dilaksanakan dengan 14 kompaun dan empat notis pembersihan di bawah Seksyen 8 (1) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 telah dikeluarkan terhadap pemilik premis yang membiak nyamuk aedes. 

Katanya Jabatan Kesihatan dan Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang telah melaksanakan pelbagai usaha bagi membendung kejadian demam denggi dan demam chikungunya termasuk pengesanan kes secara aktif meliputi keseluruhan kawasan Kampung Baru Air Kuning.

"Aktiviti kawalan dan pencegahan akan terus dilakukan di lokaliti Kampung Baru Air Kuning bagi memutuskan rantaian penularan jangkitan penyakit ini," katanya sambil menasihati penduduk agar sentiasa peka dengan kebersihan persekitaran di sekeliling kawasan tempat kediaman.

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel