1jpM1AiTwT4 1,400 peserta dari 14 negara sertai Regatta Bot Naga Sarawak
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

1,400 peserta dari 14 negara sertai Regatta Bot Naga Sarawak


Tarikh kemaskini: 26/10/2019





KUCHING, 26 Okt  -- Pertandingan Regatta Bot Naga Antarabangsa Sarawak yang berlangsung hari ini sehingga 3 Nov di Tebingan Sungai Kuching berjaya menarik 1,400 peserta daripada 14 negara.

Pengarah Perlumbaan, Girlie Tan berkata penyertaan itu merupakan yang terbesar sejak pertandingan yang memasuki tahun ketujuh itu diperkenalkan.

“Pada kali ini terdapat 42 pasukan iaitu Amerika Syarikat menjadi negara yang menghantar penyertaan terbanyak manakala terdapat dua negara yang pertama kali menyertai pertandingan iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Myanmar,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pihaknya menerima banyak permohonan sehingga 60 pasukan untuk menyertai pertandingan namun terpaksa dihadkan kepada 42 pasukan kerana kekangan masa dan tempat.

“Diharapkan pada tahun-tahun akan datang kita dapat memanjangkan lagi masa pertandingan supaya banyak lagi pasukan dapat sertai acara ini,” katanya.

Wang tunai berjumlah RM39,000 menjadi rebutan para peserta yang bertanding dalam lima kategori iaitu Terbuka 20, Lelaki 12, Wanita 12, Campuran dan Master.

Pasukan KL Barbarian yang akan mewakili Malaysia dalam Sukan SEA Manila 2019 juga tidak ketinggalan untuk mengasah taring sebelum berangkat ke Filipina bagi memulakan kempen sukan terbesar di rantau Asia Tenggara itu.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel