Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mayat dipercayai mangsa bot karam ditemui di perairan Mataking, Semporna


Tarikh kemaskini: 26/10/2019





LAHAD DATU, 26 Okt -- Satu mayat ditemui di Laut Mataking, Semporna, hari ini disyaki salah seorang daripada tujuh mangsa yang dilaporkan masih hilang selepas bot dinaiki dipercayai karam pada Khamis lalu.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata mayat yang belum diketahui jantina itu ditemui orang awam yang kemudian memaklumkan  kepada anggota bertugas Pasukan Gerakan Am (PGA).

"Saya percaya,mayat yang ditemui ini ada hubungan atau berkaitan tujuh mangsa hilang itu.

"Kita percaya mayat ini dihanyutkan mengikut arus laut, kalau kita lihat mangsa pertama yang ditemui berada laluan arus yang tidak menentu," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurutnya, bagaimanapun pihaknya masih mendapatkan status mayat berkenaan.

"Mayat sekarang berada di Pos PGA Mataking dan  anggota PPM Semporna serta polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna berada di pos berkenaan," katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Pajeri berkata, radius pencarian akan diperluaskan mengikut keperluan.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa masih  hilang dijalankan untuk tempoh seminggu," katanya.

Sebelum ini dilaporkan, seorang lelaki selamat di perairan Merabung, manakala seorang wanita ditemui lemas di perairan Bangingod, Tungku dekat sini, dan tujuh individu masih hilang dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki sembilan orang  di percayai karam.

Hari ini, Mohamad Pajeri menyertai tinjauan di kawasan tanggungjawab sekitar perairan daerah ini yang turut disertai media pada 8.30 pagi tadi.

--BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel