Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lima kanak-kanak tabika cedera terlibat kemalangan


Tarikh kemaskini: 26/10/2019




NIBONG TEBAL, 26 Okt -- Lima kanak-kanak sebuah Tabika Kemas  cedera selepas van yang mereka naiki bersama sembilan penumpang lain termasuk guru terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori simen di persimpangan lampu isyarat Jalan Simpang Ampat, di sini hari ini.

Lima kanak-kanak berusia enam tahun itu mengalami kecederaan ringan dan mereka menerima rawatan di Hospital Sungai Bakap sebagai pesakit luar.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Shafee Abdul Samad berkata kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 9.41 pagi itu turut menyebabkan pemandu lori simen berusia 63 tahun patah bahu selepas tersepit dalam kenderaannya.

"Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila lori dari arah Simpang Ampat Tasek hendak ke Bukit Tambun tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh bahagian belakang sebuah bas rapid dan terbalik lalu menggelungsur melanggar sebuah kereta serta van dinaiki kanak-kanak tadika berkenaan yang sedang berhenti di lampu isyarat itu," katanya di sini hari ini.

Katanya ketika kejadian, van itu dinaiki lima penumpang dewasa dan sembilan kanak-kanak tabika dan lima daripada mereka mengalami kecederaan ringan.

Menurutnya siasatan lanjut masih dijalankan dan kes itu di siasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel