Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Batang Padang daerah terbaharu dilanda banjir di Perak


Tarikh kemaskini: 28/10/2019





IPOH, 28 Okt  -- Batang Padang menjadi daerah terbaharu di Perak yang dilanda banjir kilat sehingga menyebabkan seramai 53 orang daripada 12 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir di Dewan Kampung Haji Tahir, Tapah.

Kesemua mangsa dari Kampung Pasir dan Kampung Batu Masjid dipindahkan berikutan hujan lebat yang mengakibatkan air takungan di Sungai Chenderiang melimpah.

Selain itu, dua lagi PPS banjir dibuka di daerah Hilir Perak iaitu di Majlis Perbandaran Teluk Intan di Langkap yang menempatkan 82 orang, manakala 16 lagi di Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Yahya Suban, Teluk Intan, setakat pagi ini. 

Menurut  Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, berikutan itu jumlah mangsa banjir di Hilir Perak meningkat kepada 176 orang berbanding 72 orang semalam  dengan 78 orang berada di SK Changkat Jong, setakat pagi ini. 

Semua mangsa di Hilir Perak adalah dari Kampung Batu 7, Lorong Mesra Batu 7 1/2, Kampung Attaduri Lama, Kampung Chikus, Kampung Chikus Parit 39, Kilang Kacang, Sungai Lampam dan Parit 5 Pengkalan Ara.

Di daerah Kerian, seramai 145 mangsa banjir dari kampung terjejas dari Jalan FT 147 Bagan Serai-Selama dan Kampung Matang Tengah pula ditempatkan di PPS SK Changkat Lobak, Bagan Serai.

Jumlah keseluruhan mangsa banjir di Perak yang kini ditempatkan di lima PPS adalah  374 orang berbanding 206 orang semalam.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel