Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mangsa banjir di Johor meningkat kepada 536 orang


Tarikh kemaskini: 28/10/2019





JOHOR BAHRU, 28 Okt  -- Jumlah mangsa yang terjejas akibat banjir di negeri ini terus melonjak kepada 536 mangsa daripada 127 keluarga  melibatkan lima daerah setakat 9 pagi ini berikutan hujan lebat berterusan sehingga malam tadi.

Angka itu menunjukkan peningkata berbanding 160 mangsa daripada  40 keluarga yang direkodkan setakat 8 malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri Tan Chen Choon berkata daerah Kulai dan Kluang merupakan daerah terbaru  terjejas melibatkan pembukaan empat pusat pemindahan sementara (PPS), manakala terdapat  satu lagi penambahan PPS di Johor Bahru.

Katanya, kelima-lima PPS berkenaan dibuka pukul sekitar pukul 9 malam sehingga 3.45 pagi tadi.

“Setakat 9 pagi ini di Kulai, seramai 93 mangsa daripada 24 keluarga ditempatkan di Masjid Al Muhajrin, Kampung Melayu Bukit Batu dan di Johor Bahru pula, Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Daya menempatkan 61 mangsa dari 14 keluarga,” katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Tan berkata di Kluang pula, PPS Dewan Parit Hassan menempatkan 10 mangsa daripada dua keluarga dan Balai Raya Kampung Parit Haji Hashim  pula lapan mangsa dari tiga keluarga manakala, Dewan Kampung Kolam Air pula adalah seramai 31 mangsa daripada lapan keluarga.

Sementara itu, jumlah mangsa di Balairaya Kangkar Tebrau terus meningkat kepada 229 mangsa daripada  53 keluarga berbanding 55 mangsa dari 16 keluarga yang direkodkan malam tadi.

Manakala di Batu Pahat dan Pontian, masing-masing kekal satu PPS yang masih dibuka iaitu SK Sungai Kajang dan SK Melayu Raya.

“Seramai 16 mangsa daripada tiga keluarga berlindung di SK Sungai Kajang, manakala di Pontian, 88 mangsa daripada 20 keluarga ditempatkan di SK Melayu Raya,“  katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel