Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Seramai 381 mangsa banjir di Perak setakat tengah hari


Tarikh kemaskini: 28/10/2019





IPOH, 28 Okt -- Seramai 381 mangsa banjir daripada 87 keluarga di Perak masih ditempatkan di lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat tengah hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, 53 orang mangsa dari daerah Batang Padang berada di Dewan Serbaguna Batu 3 Temoh di Tapah.

"Bagi daerah Hilir Perak, 85 mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong, 16 mangsa di PPS SK Dato' Yahya Subban dan 82 mangsa di PPS Majlis Perbandaran Teluk Intan di Langkap," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, mangsa banjir dari daerah Kerian masih kekal 145 orang yang ditempatkan di PPS SK Changkat Lobak, Bagan Serai.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     

FAMA sumbang RM49,084 kepada keluarga lapan wira negara terkorban semasa Op Daulat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel