Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ahli MCA diingat kerja keras rampas kerusi Parlimen Tanjung Piai


Tarikh kemaskini: 28/10/2019





PONTIAN, 28 Okt -- Ahli MCA diingatkan supaya dapat bekerja lebih keras dalam satu pasukan agar dapat merampas kembali kerusi Parlimen Tanjung Piai, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang dijadual 16 Nov ini.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata pihaknya juga mengharapkan agar semua ahli parti berkenaan dapat berperanan menjadi pembangkang yang efektif serta berkesan di Tanjung Piai ini.

Katanya, yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam, terdahulu pihaknya tewas  pada PRU14 hanya dengan 524 undi melalui calonnya, Datuk Seri Wee Jeck Seng.

“Mulai hari ini kita perlu bersedia untuk PRK di sini (Parlimen Tanjung Piai) dan perlu merampasnya kembali,” katanya ketika merasmikan Pusat Gerakan Jentera MCA bagi PRK Parlimen Tanjung Piai di Pekan Nenas di sini, hari ini.

Jelas Ka Siong, pihaknya berharap para pengundi dapat memilih calon yang tepat pada kali ini.

Terdahulu, pada PRU lepas, Jeck Seng kalah tipis dengan calon dari Bersatu, Datuk Dr Md Farid Md Rafik dengan perbezaan 524 undi.

PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan setelah kematian penyandangnya, Dr Md Farid, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang meninggal dunia di Hospital Pontian, Johor, pada 21 Sept lepas akibat komplikasi jantung.

Penamaan calon bagi PRK Tanjung Piai ditetapkan pada 2 Nov di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian.

Turut serta dalam perasmian pusat gerakan terbabit ialah Ketua Bahagian MCA Parlimen Tanjung Piai, Jeck Seng.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel