Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kenaikan penilaian hartanah Pulau Pinang terima lebih 95,000 bantahan


Tarikh kemaskini: 28/10/2019





GEORGE TOWN, 28 Okt – Kerajaan Pulau Pinang telah menerima sejumlah 95,125 bantahan berhubung peningkatan kadar penilaian hartanah sejak tempoh bagi mengemukakan rayuan bagi  kenaikan  kadar itu tamat pada 14 Okt lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Negeri, Kerajaan Tempatan dan Perancang Bandar dan Desa Jagdeep Singh Deo berkata Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) masing-masing telah menerima 54,459 dan 40,666 bantahan.

“Sesi pertama pendengaran bantahan akan bermula esok bagi bahagian pulau dan tanah besar antara 9 pagi hingga 12 tengahari dan akan berterusan sehingga Mac tahun hadapan,” katanya pada satu sidang akhbar hari ini.

Menurut beliau sebanyak 60 bantahan yang diterima MBPP akan diproses Dewan Majlis Bandaraya Pualau Pinang manakala MBSP akan memproses 289 rayuan di Komplek Sukan Bertam. 

“Dari semasa ke semasa MBPP akan mempunyai tiga jawatankuasa di tiga lokasi berbeza di pulau bagi sesi pendengaran manakala MBSP akan mempunyai enam jawatankuasa di empat lokasi di tanah besar,” katanya.

Katanya pemilik hartanah yang telah mengemukakan  rayuan akan menerima notis mengenai  tarikh sesi pendengaran rayuan yang perlu mereka hadiri.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel